Isnin, 26 Oktober 2015

DEATHHAMMER - Forever Ripping Fast

Album ni aku beli sekitar tahun 2013 iaitu semasa menghadirkan diri di gig tahunan KL Thrash dekat area Jalan Doraisamy, KL. Aku pun dah tak ingat apa nama tempat gig tu berlangsung. Biasalah kalau datang gig memang ada je gerai-gerai barangan metal dibuka. Yang pasti pada masa tu cd ni bukanlah jadi buruan utama aku dan memang tiada dalam list wajib beli. Kira beli suka-suka(dah ada duit lebih ,beli pun ikut suka hati)....hahahaha. Tapi band Deathhammer ni memang aku dah kenal masa tahun 2009, aku siap download lagi lagu demo band ni yang diberikan percuma dalam website dorang. Masa tu dengar lagu dorang pun feelnya biasa-biasa je..hahahaha
Deathhammer adalah band thrash metal berasal dari negara Norway. Kalau sebut pasal Norway memang semua orang akan ingat band ni main muzik black metal. Yelah Norway kan terkenal dengan band-band Black Metal. Kalau era 90'an rasanya band thrash metal yang selalu menjadi sebutan hanya band Aura Noir dan Inferno. Yang pasti, era millenium ni banyak juga band-band underground thrash metal kotor yang muncul dan sealiran dengan Deathhammer, antaranya Nekromatheon, Condor,Toxik Death dan Infant Death.
CD "forever ripping fast" ni adalah sebuah EP yang mengandungi 6 lagu + 7 lagu bonus dari demo mereka. Jadi total semua 13 lagu. Muzik dorang ni banyak pengaruh Teutonic Thrash Metal seperti dalam album Kreator"endless pain" ataupun album Destruction" bestial devastation" dan kadang-kadang ada juga aura album Slayer "show no mercy". Diterbitkan oleh label underground Wicthbrew dan terhad 1000 keping. Aku punya nombor 758. Untuk versi kaset dan piring hitam , ia dikeluarkan oleh label US Hellsheadbangers Production. Kalau yang minat sangat tu pastinya semua format dibeli. Band ni pernah datang buat gig dekat Singapore pada tahun 2012 dan ada beberapa orang rakan sanggup datang Singapore untuk tengok Deathhammer main depan mata.



4 ulasan:

  1. Pernah nampak ada org cite pasal band ni kt fb.aku ingatkan black metal.rupanya thrash teutonic eh.menarik.

    BalasPadam
  2. Norway ada Aha. Hahaha.
    tapi aku nye fave band zaman masakini dari Norway ialah Vreid.

    BalasPadam
  3. dalam album darkthrone foad ada mention nama band ni.

    BalasPadam