Isnin, 19 Januari 2015

THRONEUM - pestilence death


Sekitar tahun 2005-2007, aku diperkenalkan dengan kaedah mencari maklumat band-band metal melalui internet(masa tu kalau search mesti taip perkataan "old school death metal"..hahaahha) dan secara kebetulan aku dapat maklumat band Throneum melalui official website dorang(aku rasa dah tutup website tu). Dalam website dorang kalau aku tak silap ada dorang bagi free download sample mp3  dan melalui kaedah ni lah aku dapat dengar muzik Throneum. Aku dapat cd ni dekat kedai muzik area pertama kompleks pada tahun 2007 dan dibeli dengan harga rm45. Masa tu bila terlihat cd ni memang aku tak pikir dua kali sebab aku memang dah dengar muzik dorang dan sememang band ni lah yang aku cari selama ni. Throneum berasal dari Poland dan ditubuhkan sekitar tahun 1998. Muzik dorang memang death metal kuno yang digabungkan dengan blasting drum ala-ala band war black metal+riff-riff doom yang mengerikan. Gabungan muzik Sarcofago+(old)Morbid Angel+Necrovore+Martire adalah rujukan yang paling hampir untuk album ni. Sound dalam album ni memang raw habis dan kebanyakan lagu berdurasi sekitar dua minit.Memang senang hadam lagu-lagu dorang ni. Yang pasti album ni adalah antara album kegemaran aku."Ancient Pestilent Death Metal"!!!



3 ulasan:

  1. total maniac death metal kamu ni.

    BalasPadam
  2. Tak pernah dengar nama ni band kot. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  3. kali pertama jengok blog ni. Keep it up bro!...walaupun majoriti band2 yang ko cerita ni aku tak tau...maklumlah aku rock orang tua...heheh...

    BalasPadam